Monday, February 15, 2010

TARIK DUIT BERSAMA PUTERI BUNIAN


Nama puteri bunian seringkali kedengaran, bukan sahaja daripada cerita-cerita klasik silam yang berunsur mistik, malah namanya semakin glamour apabila cerita-cerita berunsur seram, tahyul dan mistik (supernaturals) kembali dihidupkan di persada penyiaran tanahair. Tuan puteri bukan sahaja dikaitkan dengan kecantikan, keghairahan serta kekayaan, malah turut dikaitkan dengan pelbagai mitos kesaktian dan kehidupan abadi (eternity life).

Selain daripada paparan di kaca-kaca tv, nama tuan puteri juga sering mendapat tempat di majalah2 serta buku bacaan yang bersifat seram misteri. Aspek yang menarik minat pembaca adalah mengenai kekayaan serta kecantikan puteri yang luar biasa. Dengan demikian, sesiapa yang berjaya mengahwininya (di alam ghaib katakan), maka bukan sekadar memperolehi awet muda dan kenikmatan seksualiti, malah turut mendapat anugerah kemewahan hidup dari segi material.


Tuan puteri seringkali dikaitkan dengan fungsi-fungsi material dan monetarial (kewangan) apabila dikaitkan dengan kepercayaan tarik duit khususnya di benak orang-orang Melayu. Ada segelintir insan bertuah juga memperolehi kekayaan apabila dianugerahi sebutir batu yang amat bernilai yang tiada di pasaran biasa.

Baiklah. Berbalik kepada perbicaraan kita mengenai kepercayaan dan fungsian seseorang yang berstatuskan “tuan puteri” dalam konteks menarik duit atau “money-gain”, maka di sinilah perbincangan kita sepatutnya bermula. Sebenarnya, peranaan serta eksploitasi wanita dalam kontek kepentingan material samada dalam konteks “money-gain” mahupun “money-game” tidaklah dapat dinafikan lagi. Ia berlaku sepanjang zaman sesuai dengan tamadun kebendaan dan fahaman yang dianuti manusia, apatah lagi kehidupan di era kapitalisma-materialistik sekarang ini. Segalanya dianggap “halal” apabila hukum Machiavelli iaitu “matlamat menghalalkan cara” diaplikasikan oleh penganut fahaman kebendaan, tak kiralah samada mereka adalah umat Islam mahupun bukan-Islam, rakyat mahupun pemimpin, orang bawahan mahupun atasan.



Lihatlah apa yang berlaku kepada Marilyn Monroe sekitar 70an dahulu? Selepas itu, Brooke sheilds mendapat pelbagai jolokan kerana kecantikan dan kejayaan beliau "menarik duit" dalam era selebriti. tidak kurangnya di Malaysia apabila 2 orang puteri bunian moden iaitu Norita dan Altantuya menerima nasib malang (tidak sempat menikmati kehidupan abadi) setelah kecantikan, kepandaian serta tubuhbadan mereka dieksploitasi sepenuhnya oleh golongan yang berkepentingan. Hanya yang membezakannya adalah puteri bunian tradisional dieksploitasikan kecantikannya menurut budaya ketimuran, manakala “puteri bunian" versi barat yang terdiri daripada model-model, ratu cantik dan selebriti dieksploitasikan kecantikan serta tubuh badan mereka dalam konteks tradisi barat yang lebih jijik dan terserlah kebejatannya!