Tuesday, September 8, 2009

TARIK DUIT DENGAN AYAM GOLEK



Antara percaya dengan takpercaya, orang dulukala serta orang la ni pun depa dok tarik duit dengan ayam golek jugak. Masa telah berubah tapi ayam golek tetap menjadi satu "barang tarik duit" yang top-ten.
Justify Full

Kalau di zaman mistik dan anamisme dulukala, orang gunakan ayam golek untuk menjamu khadam jin tarik duit. Bak kata orang, kena bagi tips la. Cerita P. Ramlee adalah gambaran satira yang menyindir golongan tarik duit yang banyak melakukan penipuan serta memanipulasi golongan yang tamak lagi jahil.

Bagaimana pulak dengan zaman la ni? Sapa pulak dok tarik duit dengan ayam golek nih?

Tak caya? Tuan Haji Ismail Ahmad, usahawan jutawan top ten Bumiputera-Islam kita la. Asai dari Perlis, beliau mengembangkan empayar HPA daripada ubatan herba, kopi Radix sampailah ke restoran ayam segera Radix Fried Chicken (RFC) yang lebih hebat daripada KFC (u/p : kafir Amerika punya, sila biokot). Tak cukup dengan restoran berkonsep RFC, maka restoran nasi ayam golek Radix Chicken Rice (RCR) diperkenalkan. Kena sekoq musti tergolek punya!

Tengok tu. Hebat tak Haji Ismail kita? Kalau tak hebat, masakan Pak Lah (semasa beliau jadi P.M) sanggup bagi Anugerah Khas Perdana Menteri kepada HPA...? Di saat orang lain kahlut dok jamu ayam golek kepada khadam-khadam dan orang bunian, Haji Ismail dan angkatan staff HPA pulak kahlut meyediakan hidangan ayam golek tak-golek kepada para pelanggan mereka di rangkaian restoran yang berhawa dingin. Pandai tak HPA tarik duit?

Kalau P. Ramlee memperli golongan tarik duit yang tertipu atau mudah ditipu ini, maka Haji Ismail pula membimbing dan merintis perniagaan yang menjanjikan pulangan kewangan bukan sekadar kepada organisasi HPA itu sendiri, tetapi kepada ahli-ahlinya (la ni dekat 1/2 j uta dah) serta penternak-penternak ayam organik Bumiputera kita.

Tahniah dan syabas kepada HPA!



HARUSKAH KITA MENARIK DUIT?

TARIK DUIT hukumnya harus, malahan WAJIB jika kita ada tanggungan serta keperluan. Yang dipertikai bukannya "apa" tetapi "bagaimanakah" caranya kita menarik duit masuk ke dalam poket kita.

Tarik duit moden adalah berdasarkan ilmu-ilmu perniagaan serta pengurusan semasa, bukannya ilmu-ilmu mistik. Jalan perniagaan menjanjikan 90% peluang pendapatan dan mengumpul kekayaan. Yang penting ialah HALAL lagi BAIK. Jomm tarik !!

  • Kalau Sultan Brunei berjaya tarik duit (mengumpul kekayaan) dengan minyak, mengapa kita tidak boleh mulakan dengan menjadi penjual minyak angin? Nak juai minyak wangi D' Kasturi Perfumes ataupun minyak but-but HPA pun boleh.
  • Kalau ulat dalam batu pun boleh hidup, kenapa pulak usahawan batu tidak boleh cari makan? Contohilah pakar batu Melayu terulung di Nusantara serta bakal jutawan batu permata kita, Dr Hisham.
  • Pak Tam Mat, sahabat kita juga seorang ahli tarik duit. Beliau juga merupakan pengusaha ubatan tradisional yang tidak asing lagi di Perlis selain daripada seorang karyawan dan budayawan tanahair. Beliau tidak jemu-jemu menarik duit...bak kata pepatah, "usaha tangga kejayaan". PakTam juga menarik duit dengan ikan kering. Sedapp!!

Itu adalah serba sedikit mengenai contoh-contoh aktiviti tarik duit yang kita ketahui.

Kalau berminat menjadi usahawan dan mendapat pendedahan semasa dalam bidang "tarik duit", sila lihat laman KURSUS KEUSAHAWANAN.

BETUI KA TARIK DUIT?




ANDA PASTI TERKEJUT BUKAN?


KALAU tak tegezut pun, ahakz...apa tu tarik duit? Pastinya dah tersangkut ke alam jin ataupun khayalan di dunia realiti agaknya.

Sebenarnya blog ini dicetuskan bagi membimbing pembaca dan anda semua ke arah aktiviti "menarik duit yang betul lagi pasti".

Apa dia..?

TUNGGU...!

DAPATKAN JAWAPAN YANG PASTI DARIPADA BUKU TERBARU DR HISYAM AL-BATUUTI KITA! TEMPAH SEGERA SEBELUM HABIS!