Tuesday, September 8, 2009

TARIK DUIT DENGAN AYAM GOLEK



Antara percaya dengan takpercaya, orang dulukala serta orang la ni pun depa dok tarik duit dengan ayam golek jugak. Masa telah berubah tapi ayam golek tetap menjadi satu "barang tarik duit" yang top-ten.
Justify Full

Kalau di zaman mistik dan anamisme dulukala, orang gunakan ayam golek untuk menjamu khadam jin tarik duit. Bak kata orang, kena bagi tips la. Cerita P. Ramlee adalah gambaran satira yang menyindir golongan tarik duit yang banyak melakukan penipuan serta memanipulasi golongan yang tamak lagi jahil.

Bagaimana pulak dengan zaman la ni? Sapa pulak dok tarik duit dengan ayam golek nih?

Tak caya? Tuan Haji Ismail Ahmad, usahawan jutawan top ten Bumiputera-Islam kita la. Asai dari Perlis, beliau mengembangkan empayar HPA daripada ubatan herba, kopi Radix sampailah ke restoran ayam segera Radix Fried Chicken (RFC) yang lebih hebat daripada KFC (u/p : kafir Amerika punya, sila biokot). Tak cukup dengan restoran berkonsep RFC, maka restoran nasi ayam golek Radix Chicken Rice (RCR) diperkenalkan. Kena sekoq musti tergolek punya!

Tengok tu. Hebat tak Haji Ismail kita? Kalau tak hebat, masakan Pak Lah (semasa beliau jadi P.M) sanggup bagi Anugerah Khas Perdana Menteri kepada HPA...? Di saat orang lain kahlut dok jamu ayam golek kepada khadam-khadam dan orang bunian, Haji Ismail dan angkatan staff HPA pulak kahlut meyediakan hidangan ayam golek tak-golek kepada para pelanggan mereka di rangkaian restoran yang berhawa dingin. Pandai tak HPA tarik duit?

Kalau P. Ramlee memperli golongan tarik duit yang tertipu atau mudah ditipu ini, maka Haji Ismail pula membimbing dan merintis perniagaan yang menjanjikan pulangan kewangan bukan sekadar kepada organisasi HPA itu sendiri, tetapi kepada ahli-ahlinya (la ni dekat 1/2 j uta dah) serta penternak-penternak ayam organik Bumiputera kita.

Tahniah dan syabas kepada HPA!



No comments:

Post a Comment