Tuesday, September 8, 2009

HARUSKAH KITA MENARIK DUIT?

TARIK DUIT hukumnya harus, malahan WAJIB jika kita ada tanggungan serta keperluan. Yang dipertikai bukannya "apa" tetapi "bagaimanakah" caranya kita menarik duit masuk ke dalam poket kita.

Tarik duit moden adalah berdasarkan ilmu-ilmu perniagaan serta pengurusan semasa, bukannya ilmu-ilmu mistik. Jalan perniagaan menjanjikan 90% peluang pendapatan dan mengumpul kekayaan. Yang penting ialah HALAL lagi BAIK. Jomm tarik !!

  • Kalau Sultan Brunei berjaya tarik duit (mengumpul kekayaan) dengan minyak, mengapa kita tidak boleh mulakan dengan menjadi penjual minyak angin? Nak juai minyak wangi D' Kasturi Perfumes ataupun minyak but-but HPA pun boleh.
  • Kalau ulat dalam batu pun boleh hidup, kenapa pulak usahawan batu tidak boleh cari makan? Contohilah pakar batu Melayu terulung di Nusantara serta bakal jutawan batu permata kita, Dr Hisham.
  • Pak Tam Mat, sahabat kita juga seorang ahli tarik duit. Beliau juga merupakan pengusaha ubatan tradisional yang tidak asing lagi di Perlis selain daripada seorang karyawan dan budayawan tanahair. Beliau tidak jemu-jemu menarik duit...bak kata pepatah, "usaha tangga kejayaan". PakTam juga menarik duit dengan ikan kering. Sedapp!!

Itu adalah serba sedikit mengenai contoh-contoh aktiviti tarik duit yang kita ketahui.

Kalau berminat menjadi usahawan dan mendapat pendedahan semasa dalam bidang "tarik duit", sila lihat laman KURSUS KEUSAHAWANAN.

No comments:

Post a Comment