Thursday, October 1, 2009

TOYOL TARIK DUIT



Bab tarik duit masih menjadi agenda diskusi menarik dalam blog pakar batu. namun, kami cuba mengenengahkan konsep yang betul lagi realistik, sesuai dengan zaman moden serta persekitaran tarik duit yang bersifat global.

kali ini nak cerita pasai toyol yang menarik duit. kalu menngikut cerita orang dulu2, toyol adalah spesis makhluk halus belaaan tuannya bagi menarik duit secara 'professional" katakan, seperti jenayah kolar putih di zaman moden la.

Masih adakah lagi toyol di masa sekarang? jawapannya ada, selagimana ada manusia yang mensyirikkan Allah dan berkompromi (MOU) dengan syaitan2, maka selagi itu jenayah syirik masih berleluasa.

Cumanya, ada toyol moden dan toyol kuno...jadi klien ada banyak choicela katakan...:)

Kalu toyol tradisional menarik duit secara lama, maka toyol moden menarik duit secara moden lagi saintifik. Nak tau...? kat selangor banyak toyol2 moden yang mencuri wang rakyat. Mereka ni mudah dikenali kerana berjisim lagi berjirim serta mengambil ruang, tidak seperti toyol kuno yang hanya bergerak di malam hari. malah ada kalanya, nama mereka pun dah "toyol", jadi senang orang nak kenali mereka.

Kalau pembela toyol berkawan dengan syaitan, maka pembela toyol2 terutama di Selangor pula berkawan dengan tan-tan seri. Apapun, "tan" tetap "tan" juga, perangai pun macam syaitan.....hutang bertan-tan, lori balak angkut entah berapa tan balak curi dari hutan.

Apapun, toyol2 di Selangor mulai dihapuskan selepas kerajaan PR mengambilalih pemerintahan negeri semenjak 2008. Cumanya, toyol2 dan kroni2nya masih buat kacau dan mengusung kepala lembu ke sana ke mari, kononnya nak jaga rakyat dan entah apa2 alasan yang tak masuk akal.

Sampai bila toyol2 nak buat kacau entah la? Gamaknya kena hantar mufti Juanda pi sembur "ghostbuster" kot-kot mau mampuih toyol2 kat sana yang asyik buat syirik lagi bidaah.

No comments:

Post a Comment